h1

Mukjizat Nabi Dan Rasul Menurut Perspektif Islam

Oktober 22, 2007

Mukjizat dalam sejarah kerasulan dan kenabian mempunyai pengertian dan pengajaran yang penting kepada manusia. Para nabi dan rasul dikurniakan mukjizat oleh Allah s.w.t bukan untuk dilihat mereka itu sebagai manusia luarbiasa, tetapi sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Maha Pencipta. la bertujuan menyedarkan manusia supaya menerima ajaran-Nya yang dibawa oleh para nabi dan rasul.
 Buku ini menghuraikan makna atau pengertian mukjizat yang dimiliki oleh para nabi dan rasul sebagai senjata melawan golongan yang engkar kepadaNya sekaligus membenarkan kekuasaan Allah. Setiap nabi dan rasul dikurniakan mukjizat mengikut keperluan dan situasi masyarakat yang dihadapi oleh mereka dalam satu-satu zaman seperti tongkat kepada nabi Musa a.s untuk melawan ahli sihir yang berdampingan dan Firaun. Nabi Muhammad s.a.w diberi beberapa mukjizat seperti Israk dan Mikraj, dan air yang keluar dari hujung jari baginda semasa ketiadaan air dan lain-Iain.
Mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada nabi Muhammad s.a.w ialah al- Qur’an, yang dapaat disaksikan oleh semua manusia sehingga akhir zaman yang mengandungi pelbagai kisah, panduan, fakta-fakta ilmiah, hikmah serta pengajaran untuk manusia. Meskipun al-Qur’an diturunkan sejak zaman nabi Muhammad s.a.w, kandungannya terus dlakul kebenarannya sampal sekarang dan bila-bila masa.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: